Assalamualaikum, greetings 1 Malaysia and greeting 1 Blogger. I build this blog with the aim to express my feelings and tells the story of my life for all. Never hesitate to click the 'Follow' button below okay :D

Thursday, December 30, 2010

Tahun Gemilang buat Malaysia

Ketika waktu pagi, penulis membaca surat khabar. Seperti jangkaan, kemenangan Malaysia di final AFF Suzuki Cup menjadi berita utama di setiap akhbar di Malaysia pada hari ini. Pelbagai ayat yang digunakan oleh media tempatan seperti 'Kita Juara' dan 'Kamilah Raja'. Sememangnya kejayaan ini melengkapkan tahun yang gemilang bagi sukan di Malaysia. Persembahan skuad Malaysia sememangnya mendapat perhatian dunia malah ia dipuji sendiri oleh pemain pertahanan Man Utd, Rio Ferdinand melalui Twitter. Namun, skuad Malaysia tidak boleh terlalu berseronok dengan kejayaan ini sebaliknya mereka harus lebih bekerja keras untuk menguasai benua Asia pula selepas ini. Sememangnya penulis amat gembira walaupun Man Utd sebelum itu telah mencatatkan keputusan seri menentang Birmingham. Tahniah dan Syabas buat Malaysia!

No comments:

Post a Comment