Thursday, December 30, 2010
2011 semakin hampir
Merujuk tajuk di atas, pasti pembaca semua tahu apa yang saya maksudkan. Ya, pejam celik, pejam celik tahun 2011 semakin dekat. Pastinya ini merupakan satu berita buruk bagi kanak2 yg sudah bersekolah hahaha. Namun begitu, tahun baru mestilah ada azam baru kan? Apakah azam baru korang? Komen la sket hehehe. Azam baru penulis adalah untuk terus cemerlang dalam peperiksaan dan kekalkan gred A dlm sej hahaha. Anyway korang jgn lupa nk dekat tahun baru nie buatla doa selamat. Jgnla asyik nk hiburan je. Doakan supaya tahun 2011 kita akan panjang umur dan murah rezeki. Itu sahaja yg saya ingin katakan kali ini.
Tahun Gemilang buat Malaysia
Ketika waktu pagi, penulis membaca surat khabar. Seperti jangkaan, kemenangan Malaysia di final AFF Suzuki Cup menjadi berita utama di setiap akhbar di Malaysia pada hari ini. Pelbagai ayat yang digunakan oleh media tempatan seperti 'Kita Juara' dan 'Kamilah Raja'. Sememangnya kejayaan ini melengkapkan tahun yang gemilang bagi sukan di Malaysia. Persembahan skuad Malaysia sememangnya mendapat perhatian dunia malah ia dipuji sendiri oleh pemain pertahanan Man Utd, Rio Ferdinand melalui Twitter. Namun, skuad Malaysia tidak boleh terlalu berseronok dengan kejayaan ini sebaliknya mereka harus lebih bekerja keras untuk menguasai benua Asia pula selepas ini. Sememangnya penulis amat gembira walaupun Man Utd sebelum itu telah mencatatkan keputusan seri menentang Birmingham. Tahniah dan Syabas buat Malaysia!
Tuesday, December 28, 2010
Gelora Indon Di Bung Karno
Selepas kemenangan Malaysia ke atas Indonesia di Stadium Putra Bukit Jalil, Indonesia kelihatan seperti tidak mempunyai peluang untuk menang kecuali jika mereka mengulangi keputusan perlawanan pembukaan ketika peringkat kumpulan dahulu. Tapi mampukah mereka? Malaysia sekarang merupakan pasukan yg berlainan berbanding perlawanan itu dengan adanya Khairul Fahmi yg semakin matang dan pertahanan yg semakin mantap. Namun, segalanya akan terjawab pada Rabu ini di Stadium Gelora Bung Karno. Nantikan blog saya selepas perlawanan akhir AFF Suzuki Cup pusingan kedua berakhir.(Tahniah kepada Berba atas golnya ketika menentang Sunderland. It was fantastic).
Thursday, December 23, 2010
AFF Suzuki Cup
bagi semua peminat bola sepak di negara kita pasti sudah tahu apa yg akan berlaku hari Ahad ini. Ya final piala aff suzuki pusingan pertama antara Malaysia dgn Indonesia yg akan berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil. Persoalannya mampukah skuad muda negara kita mengalahkan Indonesia yg penuh pengalaman? Bagi saya Malaysia dgn semangat dan keyakinan mereka mampun mengalahkan Indonesia. Kadang2 kita tidak boleh memandang rendah kepada kemampuan pemain2 muda kita. Sedangkan Pasukan muda Jerman juga mampu ke separuh akhir Piala Dunia 2010 yg lebih berprestij berbanding piala aff suzuki apatah lagi skuad negara kita. Namun begitu, saya berharap Malaysia akan memenangi Piala AFF Suzuki. Nantikan pos baru saye mengenai perlawanan akhir pusingan pertama selepas ini.
Wednesday, December 22, 2010
Hari Keputusan PMR
hari ini aku sungguh gembira kerana mendapat keputusan PMR 2010 iaitu 6A 2B. Walaupun ianya tidak sebagus sebagaimana rakan2 ku yg lain namun aku tetap puas dgn kejayaan ini. Tahniah kepada semua pelajar PMR 2010 seluruh Malaysia yg cemerlang dlm PMR tak kiralah dpt 8A, 7A ke asalkan keputusannye cemerlang, gemilang, dan terbilang hahaha...
Subscribe to:
Posts (Atom)